Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali enggan mengulas berhubung isu dakwaan gambar skandal seks di dalam tandas, di mana gambar tersebut dibangkitkan semula oleh Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos di Facebooknya, semalam.
Azmin hanya berkata "Itu je kualiti yang ada" sebagai respon terhadap Jamal.
Walau bagaimanapun, Azmin tetap memberi fokus terhadap Bajet Negeri 2017 dengan mensasarkan kumpulan B40 bagi meningkatkan taraf ekonomi rakyat Selangor.
Semalam, di Facebooknya, Jamal yang juga ketua Umno bahagian Sungai Besar, sebaliknya meminta orang ramai untuk “melihat betul-betul” syaitan berkenaan.
Jamal merujuk kepada kenyataan Timbalan Ketua AMK, Afif Bahardin yang membidas tindakannya mengadakan sidang akhbar di dalam tandas lelaki di bangunan Umno Selangor di Shah Alam, baru-baru ini.
Gambar yang dimuat naik oleh Jamal di Facebook miliknya dipercayai merujuk kepada dakwaan skandal seks di dalam tandas yang dikaitkan dengan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali oleh blog pro-Umno sekitar tahun 2012.
Azmin telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang disifatkannya sebagai fitnah yang bertujuan untuk mengaibkannya.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment