Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin mendesak Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya mengambil tindakan ke atas Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos kerana tindakan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu sungguh keterlaluan selain membahayakan orang ramai.
Zuraida berkata demikian kepada pemberita selepas memfailkan saman terhadap Jamal di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Peguam yang mewakili Zuraida, N Surendran berkata saman itu difailkan ekoran kenyataan Jamal bahawa ‘orang Zuraida telah memukulnya’ sehingga menyebabkannya hidung berdarah.
Saman malu itu dibuat ke atas Jamal berhubung kejadian yang berlaku di Ampang Point, Sabtu lalu.
Dalam saman itu, Zuraida selaku Plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk (aggravated damages) dan injunksi bagi menghalang mengulangi kata-kata fitnah Ahli Parlimen Ampang itu.
Selain itu Zuraida menuntut faedah lapan peratus setahun dari tarikh pemfailan tindakan hingga tarikh penghakiman.
Ia juga termasuk faedah lima peratus dari tarikh penghakiman hingga penyelesaian bayaran termasuk kos bagi tindakan tersebut.
Susulan dari itu, Khalid berkata, jika siasatan mendapati Jamal membuat laporan palsu, maka tindakan akan diambil ke atasnya.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment