Write For Us

'RCI forex tolak gesaan ambil tindakan terhadap JASA'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
112 Views
Published
Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang ditugaskan untuk meneliti kerugian berbilion ringgit oleh Bank Negara Malaysia dalam aktiviti pertukaran asing (foex) memutuskan untuk tidak membuat laporan polis terhadap jabatan propaganda kerajaan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).
Terdahulu, pada hari kelapan prosiding RCI hari ini, peguam Tun Dr Mahathir Mohamad - Mohamed Haniff Khatri Abdulla menggesa suruhanjaya itu supaya membuat laporan ke atas JASA berhubung kenyataannya merujuk kepada Seksyen 12 (2) Akta Suruhanjaya Siasatan.
Haniff memetik laporan Malaysiakini bertarikh 8 September yang memetik Ketua Pengarah JASA Datuk Mohd Puad Zarkashi, yang antara lain menuduh bekas penasihat Bank Negara Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sebagai cuba melindungi Mahathir atas skandal forex.
"RCI, menerusi setiausaha, diminta membuat laporan mengenai kenyataan JASA, bagi menunjukkan bahawa (kenyataan itu) bukan sahaja fitnah dan penghinaan, malah satu cabaran kepada maruah institusi."
Seksyen 12 (2) akta itu menyatakan bahawa "mana-mana orang yang mengancam, menghina atau mencederakan orang lain yang memberikan keterangan, atau berdasarkan keterangan yang telah diberikannya kepada pesuruhjaya, melakukan suatu kesalahan dan boleh dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi dua tahun."
Sementara itu, Haniff juga meminta bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid, dipanggil semula oleh Suruhanjaya itu dan supaya RCI menarik balik "kesimpulan" yang dibuat pada hari pertama prosiding.
Selepas menimbang perkara itu selama 20 minit, pengerusi RCI, Tan Sri Mohd Sidek Hassan (foto, kanan) berkata, laporan mengenai JASA tidak berkaitan dengan RCI.
"Mungkin banyak perkara ditulis di luar sana, terutama di era siber ini.
"Saya tidak pernah mendengar sebelum ini, isu (kenyataan JASA) yang dibangkitkan oleh peguam, saya tidak tahu, ahli panel lain juga tidak tahu, ia tidak relevan dengan kami," katanya.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh JASA, Puad mendakwa bahawa Nor Mohamed cuba mengelak daripada mengaitkan perdana menteri (Mahathir) dan menteri kewangan (Datuk Seri Anwar Ibrahim) ketika itu, semasa dia memberi keterangan kepada RCI.
Puad menyoal sama ada Nor Yakcop cuba berterima kasih kepada Mahathir kerana melantiknya sebagai penasihat kewangan kepada beliau ketika berlaku krisis kewangan Asia pada 1997.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment