Write For Us

Isu YAWAS: Jamal gesa ROS ambil tindakan terhadap Azmin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
153 Views
Published
Pengerusi Gabungan NGO Selangor, Datuk Seri Jamal Md Yunos menggesa Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) mengambil tindakan tegas terhadap Pengerusi YAWAS, yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana tidak mengadakan mesyuarat lembaga amanah selama 2 tahun berturut-turut.
Jamal berkata, menurut peraturan ROS, sebuah yayasan haruslah mengadakan mesyuarat tahunan.
Bagaimanapun, dakwanya, sebuah yayasan yang mengendalikan dana jutaan rakyat ini tidak dipedulikan Azmin.
"Saya mempunyai maklumat-maklumat lengkap dan sudah menyerahkan kepada SPRM," katanya.
Minggu lalu, Jamal mendedahkan Pengurus Besar YAWAS sudah muflis sejak tahun 2008 lagi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment