Write For Us

"Hancur mesin judi! Ambil tindakan!" gesa NGO kepada PBT

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
132 Views
Published
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) digesa mengambil tindakan terhadap kegiatan judi online yang berselindung di sebalik premis-premis pusat kafe berinternet di Selangor.
Setiausaha Agung Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Hamdan Mohd Salleh berkata desakan itu bukan saja dibuat oleh NGO-NGO tetapi masyarakat juga perlu memainkan peranan penting dalam memperjuangkan pembasmian aktiviti-aktiviti haram terbabit sehingga ditutup.
Beliau berkata demikian dalam sidang media hari ini di Ampang.
Turut hadir, Ketua Umno Bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo.
Semalam, Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos bersama pasukannya menggempur premis-premis yang dipercayai menjalankan kegiatan judi internet di Jalan Kosas, di Ampang.
Jamal, yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, hadir sambil memegang plakad Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, mempersoalkan pendirian Majlis Perbandaran Ampang Jaya kerana gagal mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap premis berkenaan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment