Write For Us

Dr M nafi kerajaan tidak ambil tindakan terhadap pemimpin terdahulu

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
117 Views
Published
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan kerajaan gagal mengambil tindakan terhadap pemimpin kerajaan terdahulu yang didapati melakukan kesalahan jenayah.
Beliau berkata kerajaan sememangnya mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin kerajaan yang terlibat jenayah, namun memerlukan masa untuk mengumpul bukti kukuh terlebih dahulu sebelum membawa mereka ke mahkamah.
Mahathir berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail serta pimpinan tertinggi parti Bersatu, PKR, Amanah dan DAP.
Dr Mahathir berkata kerajaan sememangnya sedang memberi tumpuan kepada kes-kes yang mempunyai bukti kukuh dan jelas boleh disabitkan sekiranya dibawa ke mahkamah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment