Write For Us

Tunggu perintah mahkamah, respon IGP pada saman Azmin

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
129 Views
Published
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata beliau kini sedang menunggu perintah dari mahkamah berikutan tindakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali yang memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi memaksanya menahan ahli perniagaan Jho Low.
“Tak apalah, kita tunggulah apa juga perintah mahkamah nanti,” katanya ringkas.
Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.
Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Azmin pada Isnin lalu yang memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi memaksanya menahan Jho Low.
Azmin juga mahu Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho di bawa ke mahkamah majistret di negara ini bagi menghadapi tuduhan jenayah di bawah Seksyen 409 dan 420 Kanun Keseksaan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment