Write For Us

Rayuan Guan Eng ditangguh bagi perbetul perintah mahkamah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
136 Views
Published
Rayuan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon untuk mencabar kesahihan Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai tidak berpelembagaan ditangguh ke 19 Julai akan datang.
Ini berlaku selepas Mahkamah Rayuan dan pihak-pihak yang mahu mendapatkan pembetulan perintah Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang mengarahkan Lim dan Phang mengemukakan pembelaan mereka dalam tempoh 14 hari, selepas menolak permohonan mereka dan mengisytiharkan Seksyen 62 sebagai berperlembagaan.
Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid, yang mengetuai panel tiga hakim, mengiktiraf ketidak teraturan dalam perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi dan membawanya kepada perhatian kedua-dua pihak pembelaan dan pendakwaan.
Hakim meminta pihak-pihak terbabit sama ada mereka bersetuju perintah itu dikekalkan seperti sedia ada.
Peguam Lim, Gobind Singh Deo berkata, ia adalah satu perintah yang berbangkit dan "tertakluk kepada rayuan dan mahkamah tidak harus mengenakan tempoh masa (untuk kemukakan pembelaan)".
Peguam V Sithambaram dan Hisyam Teh Poh Teik bagi Phang juga mahu perintah itu diperbetulkan.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Masri Daud berkata, pihaknya akan menyerahkan kepada mahkamah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment