Write For Us

Kes Guan Eng: Hakim mahkamah rayuan tarik diri

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
129 Views
Published
Seorang lagi hakim yang sepatutnya membicarakan permohonan rayuan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon di Mahkamah Rayuan hari ini menarik diri selepas peguam kedua-dua mereka membuat permohonan lisan.
Mereka berhujah bahawa Hakim Tan Sri Idrus Harun yang menulis penghakiman dalam kes yang melibatkan anggota parlimen DAP Tony Pua berhubung hak untuk mendapatkan passport telah memberikan pandangan yang sempit mengenai Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan yang menyentung tentang kebebasan seseorang, salah satu perkara yang akan dikemukakan dalam rayuan ini.
Permohonan itu dibuat oleh Gobind Singh Deo yang mewakili Lim dan V Sithambaram yang bertindak untuk Phang.
Gobind berkata beliau tidak mahu berada dalam kedudukan di mana beliau terpaksa mengkritik keputusan Hakim Idrus dalam kes Pua dan meletakkan hakim itu dalam keadaan tidak selesa kerana mereka juga telah memfailkan rayuan terhadap kes itu.
Pendakwaan diketuai oleh timbalan pendakwa raya Mohd Masri Daud yang membantah permohonan itu tetapi Hakim Idrus memutuskan untuk menarik diri.
Perbicaraan permohonan rayuan itu kemudiannya ditetapkan pada 7 Ogos.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment