Write For Us

Kalimah Allah: Hakim tarik diri

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
151 Views
Published
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Kamaludin Said hari ini menarik diri daripada mendengar permohonan Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) untuk menggunakan kalimah Allah dalam semua penerbitan mereka.
Keputusan itu dibuat kerana beliau mengendalikan kes melibatkan Titular Roman Catholic Arcbishop of Kuala Lumpur menentang Menteri Dalam Negeri di peringkat mahkamah tersebut, selaku Peguam Kanan Persekutuan (SFC), sebelum ini.
Kes itu membabitkan pengahraman akhbar Katolik, The Herald oleh Kementerian Dalam Negeri kerana menggunakan kalimah "Allah" dalam penerbitannya.
Kes semasa itu berpunca daripada permohonan presiden SIB cawangan Sabah, Datuk Jerry WA Dusing @ Jerry W Patel kira-kira 10 tahun lalu untuk menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment