Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan meneruskan tindakan saman kepada Utusan Malaysia kerana mendakwa bahawa beliau membenarkan pesta arak diadakan di negeri itu.
Azmin berkata langkah tersebut perlu diambil sebagai amaran kepada Utusan Malaysia.
“Saya akan rujuk peguam. Saya dimaklumkan peguam bahawa Utusan dah kemukakan maklum balas dan saya telah arahkan peguam saya untuk pastikan apa juga tindakan yang wajar diambil oleh Utusan itu ialah untuk membersihkan nama saya dan tidak ulangi fitnah yang telah dilakukan.
“Bentuk dan kaedahnya saya serah kepada peguam untuk bincang dan saya akan dapatkan maklumat terkini,” kata Azmin selepas majlis Apresiasi Inovasi peringkat negeri Selangor 2017, di Shah Alam, hari ini.
Utusan Malaysia pada akhir September memaparkan tajuk utama "Azmin benar pesta arak" manakala tajuk kecilnya pula berbunyi “Tidak hirau amaran PDRM mengenai ancaman pengganas".
Perenggan pertama laporan itu menyebut bahawa "Kerajaan PKR Selangor tidak akan menghalang jika pesta arak Better Beer Festival 2017" mahu diadakan di negeri ini.
Ia memparafrasakan ayat-ayat Azmin yang kononnya berkata, ini sejajar dengan prinsip yang dipegang oleh kerajaan negeri Selangor iaitu untuk menghormati hak kaum dan agama lain.
Ekoran laporan itu, pejabat menteri besar Selangor dalam satu kenyataan berkata Azmin telah mengarahkan peguamnya untuk mengeluarkan surat tuntutan kepada Utusan Malaysia kerana mendakwa bahawa beliau membenarkan pesta arak diadakan di negeri itu.
Kenyataan itu berkata laporan muka depan akhbar milik Umno itu adalah tidak benar dan bertujuan untuk mengelirukan orang ramai.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment