Write For Us

MB tuntut Utusan tarik laporan 'Azmin benar pesta arak'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
119 Views
Published
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini mengarahkan peguamnya untuk mengeluarkan surat tuntutan kepada Utusan Malaysia kerana mendakwa beliau membenarkan pesta arak diadakan di negeri itu.
Dalam satu kenyataan, pejabat menteri besar Selangor berkata laporan muka depan akhbar milik Umno itu adalah tidak benar dan bertujuan untuk mengelirukan orang ramai.
Sehubungan itu, akhbar itu dituntut menarik balik laporan tersebut tanpa syarat, permohonan maaf secara terbuka dan ganti rugi dari Utusan Malaysia.
Akhbar itu hari ini memaparkan tajuk utama "Azmin benar pesta arak" manakala tajuk kecilnya pula berbunyi “Tidak hirau amaran PDRM mengenai ancaman pengganas".
Perenggan pertama laporan itu menyebut bahawa "Kerajaan PKR Selangor tidak akan menghalang jika pesta arak Better Beer Festival 2017" mahu diadakan di negeri ini.
Ia memparafrasakan ayat-ayat Azmin yang kononnya berkata, ini sejajar dengan prinsip yang dipegang oleh kerajaan negeri Selangor iaitu untuk menghormati hak kaum dan agama lain.
Satu laporan lain memetik pemimpin PAS dan sebuah NGO Melayu yang membidas Azmin.
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi dipetik sebagai berkata, arak bukanlah milik mana-mana agama atau kaum dan arak jelas ditentang oleh semua agama.
Sementara itu, pejabat Menteri Besar Selangor menjelaskan bahawa Azmin pada sidang akhbar semalam, memaklumkan bahawa sebarang majlis memerlukan kelulusan pihak berkuasa tempatan serta memenuhi semua syarat yang ditetapkan.
Azmin kini berada di India atas urusan rasmi negeri.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment