Write For Us

DBKL haram pesta arak di KL

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
189 Views
Published
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan penganjuran 'Better Beer Festival 2017' yang dirancang diadakan pada 6 dan 7 Oktober depan di Solaris Damansara.
Dalam satu kenyataan, Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Khalid Zakaria, berkata DBKL menerima permohonan berkenaan pada 28 Ogos lalu.
Katanya, DBKL memutuskan untuk menolak permohonan aktiviti berkenaan.
Sekiranya penganjur meneruskan aktiviti tersebut, katanya, DBKL berhak mengambil tindakan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada.
Terdahulu, penganjuran pesta arak itu mendapat bantahan dari PAS yang menyifatkan ia boleh mengundang kemarahan umat Islam di negara ini.
Rancangan penganjuran itu merupakan kali ketiga selepas pertama kali diadakan pada 2012 dan kali kedua tahun lalu.
Pada 2012, ia diadakan di Taps Beer Bar di Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur dengan kehadiran 200 pengunjung.
Ini diikuti pada 2016 di Publika Shopping Gallery, dengan menyediakan 150 jenama arak dan dihadiri 3,500 orang.
Dijangkakan pada penganjuran tahun ini, penganjur membawa 250 jenama arak berbeza daripada 43 syarikat arak untuk memenuhi cita rasa pengunjung.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment