Write For Us

Zahid jawab sebab pesta arak dibatal

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
111 Views
Published
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pihak polis telah menahan tiga individu yang merancang melakukan serangan ke atas pesta arak 'Octoberfest' baru-baru ini.
Kata Ahmad Zahid, langkah yang diambil untuk membatalkan pesta berkenaan adalah demi kebaikan bersama.
"Maklumat-maklumat lain sedang kita kumpul dan pihak polis telah mengenal pasti individu-individu berkenaan. Oleh sebab itu, ketua polis negara telah memberikan amaran lebih awal supaya dibatalkan pesta berkenaan," katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Ahmad Zahid berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) mengenai penganjuran 'Octoberfest' yang dibatalkan kerana didakwa terdapat maklumat pergerakan pihak tertentu yang merancang melancarkan serangan ke atas pesta arak itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment