Write For Us

Tiga suspek rancang bom pesta arak ditahan - IGP

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
116 Views
Published
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan penangkapan tiga individu di Kelantan Rabu lalu selepas dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas.
Fuzi dalam sidang media di Bukit Aman berkata suspek utama berusia 19 tahun yang dipercayai terbabit membuat alat letupan reka ganti (IED) dan mengujinya untuk digunakan ke atas sasaran di pelbagai lokasi.
"Antara tempat yang disasarkan adalah pesta arak dan beberapa pusat hiburan di sekitar Kuala Lumpur dan rumah ibadat bukan Islam di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor,” kata Fuzi.
Manakala, suspek kedua yang berusia 34 tahun iaitu seorang bekas tentera dan juga merupakan pengumpul dana bagi membuat IED terbabit.
Sementara suspek ketiga merupakan seorang buruh binaan berusia 25 tahun dan berasal dari Pengkalan Hulu, Perak.
Bagaimanapun, diminta mengulas lanjut Fuzi berkata beliau tidak dapat mendedahkannya kerana ia masih dalam siasatan.
Acara Better Beer Festival 2017 dijadualkan diadakan bulan ini di pusat beli belah Publika, tetapi mengundang protes beberapa pihak termasuk PAS.
Susulan itu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak memberikan kelulusan terhadap acara tahunan itu.
Pada 21 September, Fuzi berkata fetival itu tidak dibenarkan atas sebab keselamatan selepas pihaknya mendapat maklumat bahawa kumpulan militan merancang untuk melakukan sabotaj terhadap acara itu.
Fuzi juga menegaskan bahawa beliau tidak pernah mereka cerita wujud serangan pengganas apabila enggan membenarkan festival berkenaan berlangsung di ibu negara.
“Kita dengan sekeras-kerasnya dakwaan saya mereka-reka alasan terdapat serangan pengganas dalam penganjuran pesta arak yang dijadualkan berlangsung di negara ini.
“Tohmahan kata kita nak menyembunyikan perkara itu tidak tepat kami pun sedang lakukan siasatan,” kata Fuzi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment