Write For Us

Standard Azmin lebih rendah dari PBT, selar Noh

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
106 Views
Published
Menteri Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempat (KPKT), Tan Sri Noh Omar menyelar sikap Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali yang gagal menangani isu perobohan beberapa rumah dan kedai di perkarangan masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz di Subang, Selangor, semalam.
Kata Noh, kerja perobohan tersebut boleh dihalang dengan hanya satu panggilan telefon.
Noh berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan pembukaan Sidang Kemuncak Perumahan dan Hartanah ke-20 di Subang Jaya, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perobohan tiga rumah dan dua kedai di perkarangan masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz di Subang, Selangor.
Pagi semalam, seramai sembilan ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan selepas mengadakan protes terhadap perobohan tiga rumah dan dua kedai dirobohkan dalam tindakan penguatkuasaan oleh Malaysian Airports Holdings Berhad (MAHB).
Rumah dan kedai tersebut sebelum ini didiami bekas ahli jawatankuasa Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, dan tindakan merobohkannya dijalankan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam dan Pejabat Tanah dan Daerah Petaling.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment