Write For Us

Anwar selar status rendah Razman

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
18 Views
Published
Pengerusi PH Anwar Ibrahim terus menyelar Ketua PAS Perak Razman Zakaria susulan dakwaanya dalam satu ceramah bahawa Presiden PKR itu mempromosi LGBT dan menyokong agenda komunis.

Dalam ucapan kempennya malam tadi, Anwar menyindir Razman dengan mengatakan hujah dan taraf pemimpin parti itu terlalu rendah kerana beranggapan dia akan menjadi alat kepada DAP jika memenangi PRU15.

Dia turut menegaskan jika dia dipilih memimpin negara ini, dia akan menjadi pemimpin kepada bangsa Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain.

Anwar turut mengkritik pemimpin PAS kerana dilihat kehilangan didikan dan akhlak Islam serta mengingatkan parti itu bahawa Allah SWT tidak pernah mengajar umat Islam membezakan warna kulit.

Sumber video:
https://www.facebook.com/pakatanharapan.my/videos/1303698873724030
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
kinitv, malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment