Write For Us

Lebih 100 berhimpun luar kedutaan, selar veto AS di PBB

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
16 Views
Published
Lebih 100 orang turun demonstrasi di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di ibu negara, hari ini, susulan negara kuasa besar itu baru-baru ini menggunakan kuasa vetonya membantah resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melaksanakan gencatan senjata di Gaza, Palestin.

Laungan 'bebaskan Palestin' berkumandang ketika orang ramai mula berkumpul menyatakan bantahan kekejaman terhadap rakyat Palestin dan untuk memberi tekanan kepada AS supaya Israel melakukan gencatan senjata kekal.

Demonstrasi tersebut dianjurkan oleh individu yang prihatin terhadap Palestin tanpa penglibatan parti politik mahupun NGO.

Demonstrasi yang dipantau oleh sebilangan anggota polis berakhir dengan aman tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment