Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia akan membuat laporan polis berhubung insiden keganasan yang berlaku dalam program Nothing to Hide 2 di Shah Alam semalam, dalam masa terdekat ini.
Pengerusinya, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata ini kerana beliau mempunyai bukti mengenai kekecohan yang berlaku.
"Kita telah tahu awal, lepas sejam Mahathir berucap (dalam forum Nothing To Hide 2.0) akan berlaku kekecohan dan kekecohan itu akan diletakkan di kepala Umno.
"Ini telah pun dirancang dan saya dapat maklumat awal mengenainya dan rancangan ini telah dirancang oleh majlis pimpinan tertinggi parti bunga ini," kata Jamal dalam sidang media di Ampang, hari ini.
Kata Jamal mengulas insiden keganasan yang berlaku dalam program Nothing to Hide 2 di Shah Alam semalam.
Mengulas lanjut, Jamal yang juga Ketua Bahagian Sungai Besar berkata beliau juga mempunyai bukti sahih berhubung dakwaan tersebut.
"Saya juga terima mesej WhatsApp daripada kumpulan mereka untuk buat huru-hara
"Memang perkara ini dilakukan mereka (PPBM) sendiri setelah orang ramai tak puas hati jawapan Dr Mahathir dan selepas itu menuduh kononya dilakukan oleh Umno.
"Kita ada bukti dan akan membuat laporan polis dalam masa 2 atau 3 hari ini," tegas Jamal.
- Rakaman eksklusif mulanya 'serangan' terhadap Tun M
Acara anjuran Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu menyaksikan insiden keganasan sehingga menyaksikan kerusi terbang, suar dibakar dan objek dibaling, termasuk ke arah Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ia bermula selepas seorang peserta membangkitkan persoalan berkaitan peristiwa berdarah Memali lebih 30 tahun lepas antara penduduk kampung di Baling, Kedah dan anggota keselamatan.
Acara itu bertujuan mempertemukan Mahathir dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu pentas. Najib tidak melayan perkara itu.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment