Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menggesa laporan dibuat kepada pihak berkuasa jika benar Umno menerima dana daripada SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.
Bagaimanapun anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno itu mempersoalkan mengapa pihaknya perlu menjawab dakwaan itu jika tiada sebarang bukti dikemukakan.
“Sejak bila apabila didakwa sahaja kita kena jawab, tunjuklah bukti. Jadi dah dua tahun ini, saya rasa cukuplah (isu) 1MDB ke, RM2.6 bilion ke, tak ada apa-apa kesalahan.
“Jadi bila tak ada apa-apa kesalahan, kita nak dakwa apa. Jadi perkara macam ini kalau ada kesalahan, buat laporan kepada pihak berkuasa tertentu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan aplikasi telefon bimbit HARTAR di Matic, Kuala Lumpur.
Nazri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai terdapat beberapa dokumen yang mendakwa bahagian Umno, BN serta pelbagai individu telah menerima bayaran daripada SRC International.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment