Write For Us

"Kurang ajar," kata Nazri

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
143 Views
Published
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz membidas hotel yang melarang pekerja yang berkhidmat dibahagian depan memakai tudung.
"Kurang ajar dan tidak bertanggungjawab," kata Nazri ringkas.
“Adakah telanjang bogel lebih baik dari kita pakai tudung di kaunter,” soal Nazri dalam sidang media majlis pra pelancaran Festival Kraf Antarabangsa Kuala Lumpur (KLICF) 2017 di bangunan Parlimen, hari ini.
Nazri berkata demikian mengulas tindakan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) mempertahankan tindakan operator hotel yang melarang pekerja wanita beragama Islam bertudung bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan (frontdesk).
Terdahulu, Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (Uni-MLC) mendakwa ada pekerja hotel yang mengadu berhubung pekerja wanita yang diarahkan menanggalkan tudung mereka.
Uni-MLC juga berkata, larangan serupa turut dikenakan terhadap pelajar yang menghadiri kursus perhotelan dan pelancongan apabila mereka membuat permohonan untuk latihan praktikal.
Namun, Persatuan Hotel Malaysia (MAH) mempertahankan tindakan hotel berkenaan dan berkata ia adalah sebahagian daripada dasar antarabangsa.
Menurut laman The Malaysian Insight, Presidennya Cheah Swee Hee berkata, setiap hotel mempunyai prosedur operasi piawai (SOP) masing-masing, dan wanita yang bertudung masih boleh bekerja di hotel yang tidak mengamalkan dasar itu
Mengulas lanjut Nazri juga menyifatkan tindakan melarang pekerja hotel wanita mengenakan tudung itu juga sebagai kurang ajar dan satu diskriminasi.
“Kurang ajar dan tidak bertanggungjawab.
“Datang negara orang hormatlah sikit. Apa yang ada dalam kita punya akta ini.
“Ini merupakan satu bentuk diksriminasi kerana dalam Perlembagaan jelas mengatakan tidak boleh berlaku diskriminasi atas apa alasan sekalipun samada agama bangsa,” tegas Nazri.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment