Ketua Pemuda BERSATU, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa sebagai "kurang ajar" dalam kenyataan balasnya yang enggan melayan 'hujah bodoh' Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Malah, Syed Saddiq mencabar anggota Parlimen Ketereh itu membuat laporan polis terhadap pemfitnah beliau termasuk TMJ sendiri.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis di IPD Shah Alam, hari ini.
Tambah Syed Saddiq, jika benar dakwaan tersebut tidak berasas adalah mudah bagi Annuar untuk membuat kenyataan balas.
Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata jika beliau sebelum ini membuat kenyataan kesat terhadap istana sudah pasti akan dipanggil pihak berkuasa untuk disiasat di bawah Akta Hasutan.
Tetapi ujar Syed Saddiq, tindakan tersebut berbeza dengan golongan politik yang dilihat bebas membidas pihak istana.
Terdahulu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim melalui pendedahannya mendakwa Annuar 'secara paksa' menggunakan duit rakyat melalui MARA dan UniKL untuk menaja skuad TRW.
Bagaimanapun, menulis di Facebook, Annuar berkata MARA tidak pernah menaja The Red Warriors (TRW) walau satu sen dan logo 50 tahun MARA pada bahagian lengan jersi pasukan itu dipamerkan secara percuma, walaupun ia bernilai RM250,000.
Menurut Annuar, UniKL sudah lama terlibat dalam penjenamaan dan pemasaran melalui sukan khususnya hoki dan bola sepak.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment