Write For Us

'Sangat menyakitkan' - Yeoh terkilan kata-kata 'kawan rapat' Syed Saddiq pada DAP

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
12 Views
Published
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata dia telah menyesuaikan diri dalam menukar gabungan politik selepas 16 tahun sejak mula dipilih untuk memegang jawatan tetapi mengakui bahawa 'sangat menyakitkan' untuk mendengar kata-kata kasar daripada bekas sekutu.

Yeoh berkata demikian ketika ditanya perasaannya apabila bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan kesetiaan orang bukan Melayu dan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melabelkan DAP sebagai 'lap dog' kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Yeoh, lebih menyakitkan apabila mendengar rakannya yang dianggap rapat Syed Saddiq membidas DAP, menggelar parti itu dengan pelbagai kata-kata seperti munafik, gila kuasa dan tiada perinsip dalam pertembungan dengan naib presiden DAP Nga Kor Ming September lalu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment