Ketua Armada BERSATU, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad jauh dari nyanyuk, walaupun sudah berusia.
Dalam kenyataan di Facebook, Syed Saddiq berkata mereka yang mengenali dirinya tahu sebelum ini beliau bukan peminat tegar tokoh ulung itu.
Beliau juga tidak bersetuju apabila Mahathir memperkasakan AUKU dan menyalahgunakan ISA selain melemahkan struktur demokrasi negara.
Namun katanya, walaupun berbeza pendapat, tidak dinafikan banyak projek-projek pembangunan yang Mahathir bangunkan di Malaysia.
Dari sebuah negara pertanian kepada ekonomi pembuatan, dari negara yang tidak diketahui kepada Harimau Asia yang dihormati.
Tambahnya, selain sikap berani, Mahathir boleh ingat sejarah seperti seorang ahli sejarah selain boleh menyusun strategi lebih baik daripada seorang ahli strategi.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment