Write For Us

Nazri 'belasah' Syed Saddiq, kata budak 'mentah' bodoh

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
159 Views
Published
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz menyelar Ketua Armada BERSATU, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kerana mendakwa beliau 'menikus' dalam tawaran berdebat bersama dengan Tun Mahathir Mohamad.
Ketika sidang media Armada Bersatu di pejabatnya semalam, Syed Saddiq mendakwa Nazri dan kerajaan Malaysia 'menikus' dalam perdebatan tersebut.
'Banyak pimpinan BERSATU telah lakukan contoh Tun Mahathir telah bersetuju berdebat untuk menjawab soalan-soalan mengenai kekayaan Tun dan anak-anaknya.
'Tapi malangnya Nazri dan kerajaan Malaysia menikuskan diri dalam perdebatan tersebut' kata Syed Saddiq ketika sidang media.
Nazri menjelaskan dia tidak pernah menarik diri dalam perdebatan tersebut dan mengarahkan Syed Saddiq untuk bertanya kepada Polis.
'Siapa tarik diri? bila saya tarik diri? Syed Saddiq ni orang bodoh. Pergi tanya polis.
'Saddiq budak kecil, jangan dengar cakap dia' kata Nazri kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di Dataran Merdeka hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment