Write For Us

"Tun M, kenapa buat kerja bodoh? Agong tidak boleh pecat PM," kata Nazri

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
132 Views
Published
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz menyelar bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan peguamnya, bahawa tiada dalam perlembagaan Agong boleh memecat Perdana Menteri.
Semalam ketika sidang media, Dr Mahathir menjelaskan terdapat di dalam peruntukan perlembagaan bahawa Agong boleh memecat Perdana Menteri menggunakan kuasa yang ada.
Mahathir juga mendakwa bahawa Seri Paduka tidak mempersoalkan kesahihan Deklarasi Rakyat itu dan tidak berkata bahawa ia adalah satu tindakan yang tidak mengikut perlembagaan.
Bekas perdana menteri itu juga menolak dakwaan Najib bahawa beliau bertindak di luar batasan undang-undang.
"Apa yang saya lakukan tidak salah, baginda tidak perlu hanya mendengar kepada PM sahaja. Tidak seperti apa yang Najib kata bahawa saya bertindak melampaui undang-undang ... Agong mempunyai hak untuk melantik PM... kuasa untuk melantik termasuklah kuasa untuk memecat," kata Dr Mahathir.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment