Write For Us

Bergantung pada kesediaan Kastam, kata Nazri

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
113 Views
Published
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz berkata pelaksanaan Cukai Pelancongan yang menyaksikan kadar antara RM2.50 dan RM20 untuk penginapan semalaman, akan tetap diteruskan.
Bagaimanapun, kata Nazri, pelaksanaan cukai itu bergantung kepada kesediaan Kastam Diraja Malaysia.
Beliau sekali gus menolak dakwaan bahawa pelaksanaan cukai berkenaan mungkin ditangguhkan.
"Terpulang kepada Kastam sama ada mereka sudah bersedia atau tidak," kata Nazri.
Pada sidang Parlimen yang lepas, Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan 2017, yang dibentangkan Nazri, diluluskan dengan undian majoriti.
Ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu, Mohamed Nazri berkata, Cukai Pelancongan itu dianggarkan mampu memberi kutipan sebanyak RM654.62 juta sekiranya kadar penginapan bermalam bagi keseluruhan 11 juta bilik di negara ini mencapai 60 peratus.
Terdahulu Nazri hadir menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Pelancongan dengan Bank Of China (BOC).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment