Write For Us

"Korek la, ingat takut ke," kata Nazri pada Tun M

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
126 Views
Published
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tidak mengendahkan amaran bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu mendedahkan keburukan pesaing politiknya.
Kata Mohamed Nazri, beliau mencadangkan supaya Mahathir mengisytiharkan sahaja harta kekayaan termasuk anak-anaknya, dan tidak perlu menunggu untuk menjadi calon pilihan raya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita selepas majlis perasmian Perlawanan Bola Keranjang Cina Sedunia ke-33 di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC), Sungai Besi, Kuala Lumpur.
- Amaran Tun M pada pesaing politik
- 'Ya, saya akan isytihar harta tetapi...'
Semalam, Mahathir memberi amaran kepada pesaing politiknya bahawa beliau juga boleh mendedahkan keburukan mereka.
Beliau berkata demikian selepas dua akhbar berkaitan Umno melaporkan gaya hidup mewah cucu perempuannya baru-baru ini.
"Dalam politik memburukkan orang sentiasa jadi strategi. Ini adalah idea untuk mengalihkan perhatian daripada 1MDB, derma RM2.6 bilion dan sebagainya.
"Kamu pergi korek keburukan orang lain, saya boleh korek keburukan juga," kata Mahathir semasa sidang akhbar di pejabat Pakatan Harapan (HARAPAN) di parlimen.
Ahad lalu, Utusan Malaysia dan Berita Harian menyiarkan berita muka depan mengenai gaya hidup cucu bekas perdana menteri itu, Meera Alyanna Mukhriz.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment