Write For Us

Fokus kumpul bukti, kata Idris Jala

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
115 Views
Published
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala yang dilantik sebagai pihak bebas dalam menyelesaikan kemelut Felda Global Ventures Holdings (FGV) mengesahkan pihaknya sedang dalam proses mengumpul bukti untuk tindakan lanjut.
Tanpa mahu mengulas lanjut, beliau berkata setakat ini pihaknya belum menubuhkan sebarang jawatankuasa khas bagi tujuan itu.
Beliau yang tiba di Menara Felda pada jam 2.33 dan dilihat menaiki lif ke tingkat 45, enggan mengulas lanjut biarpun di dikerumuni wartawan dan hanya berjalan memasuki kenderaan dengan diiringi polis bantuan Felda.
Kerajaan semalam melantik Idris untuk bertanggungjawab mengumpul fakta kes dan membuat cadangan penyelesaian berhubung keputusan FGV mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Kewangan dan dua pengurusan kanannya bercuti berkuasa, kelmarin.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment