Write For Us

Peluklah...saya takda masalah, kata Nazri

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
104 Views
Published
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz tidak kisah dengan caranya yang lantang dan berterus terang sehingga menyaksikan dirinya dikaitkan dengan budaya "gedebe".
Pada masa sama, ahli majlis tertinggi Umno itu dalam satu wawancara dengan Malaysiakini, berkata, beliau juga tidak kisah dengan hubungan akrabnya dengan seorang pemimpin pembangkang di utara.
"Itu bukan (hubungan) romantik sama sekali, ia demokratik.... Saya bukan gay," kata Nazri sambil ketawa, merujuk soalan mengenai gambarnya yang memeluk dan berpegangan tangan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng semasa pelbagai acara di negeri itu yang diedarkan di media sosial.
Bagi ahli parlimen Padang Rengas itu, beliau juga tidak ambil kisah dengan apa yang diperkatakan oleh pengkritiknya.
Malah, katanya, sekurang-kurangnya di Pulau Pinang, beliau akan dipandang tinggi apabila bersama dengan Lim, yang juga adalah setiausaha agung DAP.
"Jadi kadangkala saya lakukannya ... Apabila saya ke Pulau Pinang, ramai penyokong DAP. Lebih bermanfaat jika kami berdua memutuskan untuk berpelukan," katanya, sambil membayangkan bahawa kemungkinan tindakan itu juga memberi kesan kepada Lim.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment