Write For Us

"HR pun takda, pengurus kewangan pun takda, semua lari"

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
59 Views
Published
Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ) Cawangan Utusan Melayu (M) Bhd, Mohd Taufek Razak, menyifatkan tindakan syarikat terhadap pekerja ketika ini adalah tidak berperikemanusiaan kerana bukan sahaja memberi notis pendek malah tidak memberi maklumat sepenuhnya kepada pekerja.
“Adalah tidak wajar mereka tidak memaklumkan awal-awal kepada syarikat malah tiada wakil eksekutif tertinggi yang muncul pada hari ini.
“Segala penerangan hanya disampaikan oleh ketua jabatan masing-masing sehinggakan banyak persoalan yang tidak terjawab. Ini saya anggap tindakan bacul dan tidak berjiwa besar oleh pihak berkenaan,” katanya.
Mengenai gaji, Taufek menjelaskan gaji akan dibayar kepada kakitangan adalah sehingga 31 Oktober ini, namun tegasnya tiada penerangan mengenai pampasan.
Ditanya harapan pihak NUJ dalam menyelesaikan kemelut ini, Taufek berkata tiada harapan melainkan semua kakitangan syarikat mendapat pekerjaan semula kerana ekonomi negara yang sukar ketika ini.
“NUJ sentiasa berjuang untuk pekerja Utusan dan setiap dari kami menyayangi syarikat ini dan masih mengharapkan yang terbaik,” katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment