Write For Us

Takda apa pun yang nak ditakutkan dengan JAWI - Ellie Suriaty

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
77 Views
Published
Menyentuh mengenai kebimbangan orang bukan Islam mengenai peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di dalam pelaksaan pelajaran tulisan Jawi di sekolah-sekolah, Ellie Suriaty NGO Melayu Gelombang Rakyat Malaysia menjelaskan, ia bagi memastikan tiada kesalahan berlaku terhadap tulisan tersebut yang bentuknya diambil daripada Bahasa Arab.
“Ia (Jawi) hanyalah satu kaligrafi, ia adalah satu bentuk seni.
“Jawi memang ada dalam Perlembagaan Persekutuan kerana ia adalah Bahasa Melayu dan sebelum (penggunaan) tulisan rumi, kita memang sudah menggunakan tulisan Jawi.
“Ia termaktub dalam Perkara 9 Perlembagaan Persekutuan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kongres Jawi Kebangsaan di sini hari ini.
Ellie bersama beberapa wakil Majlis Perundingan Melayu (MPM) hadir sebagai pemerhati di kongres berkenaan.
Dalam pada itu, beliau turut melahirkan rasa puas hati kerana cadangannya untuk mengadakan dialog dengan kumpulan pembantah tulisan Jawi diterima baik oleh Sekretariat Seni Khat Action Team (Sekat) yang juga pengajur Kongres Jawi Kebangsaan,
“Niat kami diterima baik oleh Tuan Arun. Dialog ini bagus untuk rakyat Malaysia kerana ia akan memberi penjelasan terhadap isu ini.
“Jika ada salah-silap (maklumat atau pemahaman) ianya boleh dijelaskan ketika dialog berkenaan,” katanya lagi.
Tarikh dialog masih belum ditetapkan tetapi menurut Ellie, pihaknya akan terus mengadakan berhubungan dengan Sekat selepas ini
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment