Write For Us

Bekas menteri KPDNKK, MP Tasek Gelugor antara pemimpin keluar Umno

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
120 Views
Published
Lima lagi anggota parlimen Umno bertindak keluar parti hari ini dan menjadi wakil bebas.
Mereka ialah Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Latiff Ahmad (Mersing), Shahbudin Yahaya (Tasek Gelugor), Hamzah Zainuddin (Larut) dan Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam).
Terdahulu hari ini Anggota Parlimen Tanah Merah Ikmal Hisham Abd Aziz mengumumkan keputusannya meletakkan jawatan dalam Umno.
Langkah itu dibuat sehari selepas Anggota Parlimen Tanah Merah, Mas Ermieyati Samsudin mengumumkan keluar parti dan menyertai Bersatu.
Kelmarin lima anggota parlimen dari Sabah turut mengiystiharkan keluar parti dan menjadi anggota bebas.
Perkembangan terbaru ini menyebabkan Umno kini memiliki 38 kerusi parlimen berbanding 54 yang dimenangi PRU lalu.
Sebelum itu tersebar satu surat pemaklumkan keluar parti yang dihantar kepada Setiausaha Agung Umno Annuar Musa.
Surat yang ditandatangani keenam-enam anggota Parlimen terbabit mengumumkan keputusan mereka untuk keluar parti berkuatkuasa 14 September.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment