Sebelum penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), bekas menteri kewangan Tan Sri Daim Zainuddin merupakan salah seorang individu yang sering dikritik Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun, kini setelah Anwar dibebaskan dan berada di kubu sama dengan Daim dan Dr Mahathir, beliau dilihat mengambil pendekatan yang lebih berhati-hati apabila ditanya tentang kritikannya di masa lalu terhadap Daim.
"Daim boleh menyumbang tapi dia perlu berhati-hati. Orang hargai dia ikut serta, tapi orang juga menyatakan kegelisahan yang mendalam bahawa dia tidak menjelaskan beberapa masalah besar di masa lalu.
"Orang kata tak perlu ungkit kesilapan masa lalu, yang mana betul, tapi bagi saya kalau kita mahu bercakap tentang akauntabiliti yang demokratik, ia tidak seharusnya terhad pada (bekas perdana menteri) Datuk Seri Najib Razak.
"Namun, saya tidak fikir ia harus sehingga menjadi dendam," kata Anwar dalam wawancara eksklusif di kediamannya hari ini.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment