Write For Us

'Dia boleh sindir apa pun tapi jawab dulu isu 1MDB'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
123 Views
Published
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah mengecam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas tindakannya mempersendakan Langkah Kajang pada 10 Julai lalu.
Beliau bagaimanapun mengingatkan Najib tetap perlu menjawab tuduhan skandal 1MDB yang dikaitkan dengannya.
"Dia boleh sindir apa pun, (tetapi) kita nak (Najib) kata jawab 1MDB. Ayuh beritahu kami," katanya.
Menggunakan Twitter, Najib memuat naik gambar papan tanda stesen Transit Aliran Massa (MRT) Kajang.
Imej itu diiringi kata-kata: "The real Kajang Move. Coming to you in seven days" (Langkah Kajang sebenar. Akan datang kepada anda dalam 7 hari).
Langkah Kajang merujuk kepada tindakan PKR mengadakan pilihan raya kecil di Kajang dalam usaha mereka meletakkan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor dan mengetepikan Tan Sri Khalid Ibrahim pada 2014.
Walaupun perdana menteri tidak menyebut sebarang nama, pengguna media sosial memahami ia adalah sindiran kepada Anwar - yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Sungai Buloh - dan isterinya, Dr Wan Azizah.
Ditanya sama ada PKR perlu meminta maaf atas insiden Langkah Kajang itu Dr Wan Azizah berkata apa yang berlaku sudah berlalu.
"Mengapa saya perlu (meminta maaf)?" katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment