Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai formula mudah untuk parti pembangkang membezakan musuh dan sahabat dalam perjuangan mereka menentang BN.
Kata bekas perdana menteri itu mana-mana pihak yang mencetuskan masalah terhadap Pakatan Harapan adalah penyokong Datuk Seri Najib Razak.
"Mereka mendakwa mereka berjuang untuk Melayu tetapi sebenarnya menyokong Najib (dan) ada kemungkinan besar mereka sudah mendapat dedak," katanya disambut ketawa orang ramai yang menghadiri Konvensyen Pakatan Harapan (HARAPAN) di Shah Alam hari ini.
Menurut pengerusi BERSATU itu atas alasan berkenaanlah mereka mengambil sikap menentang sesiapa saja yang tidak menyertai gerakan mengetepikan Najib.
Walaupun tidak menyebut sebarang nama, kenyataan itu mungkin merujuk kepada PAS yang menyatakan secara jelas pendirian mereka untuk tidak menyertai HARAPAN.
Dr Mahathir berkata beliau tidak dapat menerima pihak yang menjadikan DAP sebagai alasan untuk tidak menyertai HARAPAN.
“Jangan kata tidak mahu sertai (HARAPAN) kerana DAP. Saya dulu musuh ketat Lim Kit Siang tetapi itu hal kecil berbanding menjatuhkan Najib,” katanya.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment