Write For Us

Tun M minta Najib tarik 'musuh AS adalah musuh Malaysia'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
102 Views
Published
Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa kerajaan untuk membuat pendirian tegas terhadap Presiden Amerika Syarikat DonaldTrump.
Menurutnya, ini termasuk mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menarik balik ikrarnya semasa lawatan rasmi ke AS pada September lalu.
Najib pernah mengeluarkan kata-kata kepada Trump dengan berbunyi, 'Musuh kamu - mereka yang menggunakan agama majoriti rakyat Malaysia dengan mendakwa keganasan mereka adalah islamik - adalah musuh kami juga, kata Najib dalam artikel yang diterbitkan di laman web politik AS The Hill.
Desakan Mahathir itu mendahului Najib dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang akan menyertai perhimpunan di luar masjid Putrajaya petang ini untuk mengecam pengiktirafan Trump terhadap Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel.
Mahathir berkata parti-parti pembangkang hanya boleh berdemonstrasi, tetapi kerajaanlah yang boleh bertindak secara bermakna.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment