Write For Us

Najib boleh tidur nyenyak, sindir Dr M

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
123 Views
Published
Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir tindakan Persatuan Tenis Kerusi Roda Malaysia yang menggugurkan isternya, Tun Dr Siti Hasmah Ali sebagai penaung.
Seperti dijangkakan, sasarannya adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pentadbirannya.
"Saya percaya penguguran dia akan memberi kemenangan yang besar bagi Najib dalam PRU 14.
"Kalau jadi penaung mana-mana pertubuhan pun, dia begitu berkesan untuk mempengaruhi keputusan rakyat tentang pilihan raya yang akan datang ini," kata bekas perdana menteri itu.
Menerusi hantaran klip video pendek di Facebook beliau hari ini, Mahathir secara sinis turut berkata Najib kini lega dan dapat tidur nyenyak kerana pengguguran Siti Hasmah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment