Write For Us

'Anwar sanggup melaluinya, tak endah kesakitan'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
119 Views
Published
Kesakitan yang di alami oleh pemimpin de facto Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar bukan penghalang untuk beliau terus berjuang demi masa depan negara, kata presiden Pakatan Harapan, Dr Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapannya sempena 1,000 hari pengorbanan Anwar.
Wan Azizah dalam ucapannya memberitahu kesakitan fizikal Anwar yang terpaksa bergantung kepada ubat tahan sakit susulan kemalangan konvoi penjara Anwar September lalu.
“Ia satu penyeksaan namun beliau sanggup menempuhnya demi negara kita.
“Kita tidak harus lupa sumbangan, bukan saja Anwar tapi semua yang pernah berkorban,” katanya.
Malam ini, tambah Wan Azizah adalah malam untuk mengenang Anwar.
“Pengorbanannya ada sebab. Jangan lupa bahawa ini adalah demi generasi masa depan.”
Selain Wan Azizah, pemimpin Pakatan Harapan lain turut mengambil peluang menyampaikan ucapan ringkas memperingati Anwar.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment