Write For Us

Anwar tak pernah kata mahu jadi PM lebih awal - Dr M

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
85 Views
Published
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah memaklumkan hasrat menjadi perdana menteri lebih awal daripada tempoh dua tahun yang dicadangkan.
Menerusi satu wawancara bersama Sin Chew Daily, Mahathir menegaskan bahawa beliau tetap akan menepati janji untuk menjadi perdana menteri selama dua tahun.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu bagaimanapun enggan memberi pandangan sama ada beliau melihat Anwar sebagai calon terbaik menggantikannya.
Mahathir berkata, bukan beliau yang akan menilai perkara itu kerana menurut beliau ketika Pakatan Harapan (PH) ditubuhkan mereka secara konsensus sudah bersetuju bahawa Anwar akan menggantikannya.
Ahli Parlimen LAngkawi itu turut membangkitkan faktor umur yang menurutnya 2 tahun lagi beliau akan berusi 95 tahun yang baginya sudah terlalu tua.
Selain persetujuan dalam kalangan PH, jelas Mahathir, jawatan Anwar sebagai pemimpin PKR menjadikannya orang yang layak menjadi perdana menteri berbanding bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam atau veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.
Tambah Mahathir lagi, beliau hanya membetulkan kerosakan yang ditinggalkan pentadbiran sebelumnya yang kini sudah berada pada tahap 30 atau 40 peratus.
Meskipun Mahathir beberapa kali memberikan jaminan akan menyerahkan jawatannya kepada Anwar, terdapat pihak termasuklah dalam Bersatu yang mencadangkan agar Mahathir kekal sebagai perdana menteri sehingga pilihan raya umum (PRU) ke-15.
Cadangan itu turut dibangkitkan pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu ke-2 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya 30 Dis lalu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment