Write For Us

'Itu janji saya' - Dr M perjelas sebab Anwar tidak jadi PM lebih awal

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
21 Views
Published
Dr Mahathir Mohamad mendedahkan punca Anwar Ibrahim tidak menjadi Perdana Menteri lebih awal, iaitu selepas Pakatan Harapan (PH) menang PRU 14 walaupun sudah berjanji memberi laluan kepada Presiden PKR itu.

Dalam rakaman podcast Keluar Sekejap bersama bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan bekas Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan, Mahathir berkata dia sudah berjanji akan melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar dalam tempoh pentadbiran PH sebagai kerajaan di peringkat Persekutuan.

Bagaimanapun Mahathir berkata, niatnya tidak dapat dilaksanakan apabila berlakunya Langkah Sheraton yang berjaya menumbangkan kerajaan PH pada Februari 2020.

Dr Mahathir diangkat sebagai Perdana Menteri ketujuh selepas parti diterajuinya, Bersatu bersama PH yang diterajui Anwar berjaya menumbangkan BN pada 2018.

Sumber: https://youtu.be/RMyFUU3VDig?si=T2D0WlEN5xea0Hfv
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment