Write For Us

Anwar tawan PD dengan majoriti besar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
82 Views
Published
Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson dengan majoriti besar.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Anwar memperoleh 31,016 undi manakala pencabar terdekatnya, Mohd Nazari Mokhtar dari PAS meraih 7,456 undi.
Jumlah peratusan keluar mengundi pada pilihan raya kecil itu adalah sebanyak 58.3 peratus, lebih rendah berbanding Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.
Bagaimanapun Anwar memperoleh majoriti 23,560 undi - lebih besar berbanding Datuk Danyal Balagopal Abdullah dari PKR yang memenangi kerusi itu pada PRU14 dengan majoriti 17,710 undi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment