Write For Us

Misi pengagum skinhead tawan Paya Besar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
99 Views
Published
Daripada seorang jurugambar di belakang lensa kamera di sebuah portal berita, kini Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir menjadi tajuk berita. Ashraf tidak pernah menyesal atas keputusannya untuk meletak jawatan sebagai jurugambar berita dan menyertai politik secara aktif.
Beliau mesra digelar "Acap" di kalangan kawan-kawannya. Ashraf, 32 tahun seorang penggemar muzik punk dengan identiti skindhead.
Dalam wawancara dengan Malaysiakini, beliau berkata sedia untuk menukar jaket yang dipakainya untuk pakaian yang lebih rasmi.
Ashraf dilahirkan di Pahang tetapi dibesarkan di Pulau Pinang dan ibu bapanya masih menetap di sana. Beliau pulang dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang pada awal tahun ini, dengan rancangan untuk bertanding di sana.
Walau bagaimanapun, beliau telah disyorkan dan kemudian secara rasmi diumumkan sebagai calon BERSATU bagi kerusi Parlimen Paya Besar di Pahang.
Beliau mengakui keputusan itu tidak dijangka, namun exco pemuda BERSATU tetap berkata beliau bersedia menghadapi cabaran itu di kawasan yang dilihat sebagai kubu kuat Umno kerana terdapat penempatan Felda.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment