Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, menerima penghormatan tertinggi Peru, El Sol Del Peru yang bermaksud 'Mentari Peru', yang menjadikannya satu lagi pengiktirafan antarabangsa kepada Malaysia.
Anugerah berprestij ini adalah penghormatan sivil tertua di benua Amerika, yang diwujudkan pada 1821 selepas Peru mencapai kemerdekaan dari Sepanyol, menjadikannya simbol bersejarah dalam diplomasi antarabangsa.
Anugerah berprestij 'Mentari Peru' berkenaan disampaikan Presiden Peru, Dina Ercilia Boluarte Zegarra ketika pertemuan di Istana Kerajaan Peru hari ini.
Dalam ucapan penghargaannya, Anwar bersyukur atas pengiktirafan ini dan menganggapnya sebagai penghormatan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Sumber video: https://youtu.be/IPLEMyTwac8

- Category
- TV Saluran - TV Channel
- Tags
- Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment