Write For Us

Anwar tidak bohong - Tun M

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
99 Views
Published
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan laporan yang dibuat bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada kabinet pada awal 1990-an, berhubung kerugian yang ditanggung Bank Negara Malaysia (BNM) daripada perdagangan forex ketika itu.
Beliau mengulas pertikaman lidah antara Anwar dan pengerusi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang tercetus ketika Ketua Umum PKR itu memberi keterangan.
Sidek berkata Anwar selaku menteri kewangan ketika itu tahu jumlah kerugian sebenar, tetapi menyembunyikannya daripada kabinet.
Beliau berkata kabinet hanya dimaklumkan kerugian sebanyak RM5.7 bilion.
Namun Dr Mahathir berkata, Anwar membuat laporan berdasarkan apa yang ditunjukkan audit Bank Negara kepadanya.
"Dia beritahu apa yang dilaporkan. Takkanlah dia nak persoal dan (buat) sangkaan ada orang curi duit.
"Dia buat kenyataan mengikut apa yang disahkan audit, itu sahaja," katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment