Write For Us

Apa? Kepala bapak kau!

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
168 Views
Published
Dalam serangan terbaru Datuk Seri Najib Razak terhadap pembangkang, hari ini beliau menzahirkan kemarahannya dengan lebih nyata.
Berucap di mesyuarat agung tahunan MCA di Kuala Lumpur pengerusi BN itu berkata hubungan Malaysia dan China yang berlaku di bawah pentadbirannya tidak akan menjejaskan kedaulatan negara.
Mengulas pendirian Pakatan Harapan (HARAPAN) - yang diketuai tokoh yang sebelum ini melobi untuk menaikkan Najib sebagai perdana menteri - untuk mengkaji semula perjanjian berkenaan, perdana menteri berkata ia sangat tidak logik.
"Mereka mengancam untuk mengubah segala-galanya, kononnya (Malaysia) menjual kedaulatan. Apa? Kepala bapak kau! Tak logik," katanya dengan bersemangat di depan ribuan perwakilan yang memenuhi dewan persidangan di Ibu Pejabat MCA di Jalan Ampang.
Bagaimanapun Najib kemudian meminta maaf kerana menggunakan "bahasa kasar" dalam ucapannya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment