Write For Us

"Apa masalah kita dengan DAP," soal Mahfuz

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
147 Views
Published
Ahli Parlimen PAS-Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata tidak menjadi masalah sekiranya DAP menentang Islam disebabkan mereka bukan Islam.
Sebaliknya, kata Mahfuz, PAS sewajarnya mencari jalan pendekatan membentuk kesatuan, yang mana, misi utama adalah menjatuhkan Umno dan BN.
"Yang masalahnya kita menentang Umno/BN. Saya kata dalam konteks dalam hubungan dengan orang bukan Islam, apa salahnya kita cari satu jalan pendekatan yang boleh membawa kepada mereka itu melihat kebaikan, kebenaran dan keadilan agama Allah ini.
"Kita tak boleh nak paksa dalam beberapa perkara yang mereka tak boleh ikut. Jadi apa masalahnya kita nak putuskan hubungan kerana ada perbedaan? Sudah tentulah dalam konteks hubungan antara agama Islam dengan orang yang bukan Islam pun ada perbedaan.
"Sebab itu saya antara orang yang tidak setuju memutuskan hubungan dengan DAP. Kerana ini akan memberikan kesan memporak perandakan kesatuan parti pembangkan yang matlamatnya menjatuhkan Umno BN," jelas Mahfuz.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam ceramah BERSATU di Ayer Hitam pada Isnin lalu.
Video ucapan tersebut dimuat naik Mukhriz Mahathir FC di Facebook.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment