Write For Us

"Hangpa kebuloq ka?" soal Mahfuz

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
132 Views
Published
Ahli Parlimen Pokok Sena-PAS, Datuk Mahfuz Omar menyelar pimpinan parti itu yang masih lagi berada dalam kerajaan Selangor walaupun Muktamar PAS semalam sebulat suara mahu hubungan dengan PKR diputuskan.
"Mana mungkin kita tidak ada hubungan dengan mana-mana parti dalam kerajaan iaitu PKR dan DAP tapi kita boleh tadbir bersama, peliklah," kata Mahfuz.
Sabtu lepas, Ketua Dewan Pemuda Pas yang baru, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, pimpinan PAS di Selangor tidak perlu meletak jawatan dalam kerajaan negeri jika parti Islam itu memutuskan tahalluf siyasi dengan PKR secara muktamad.
"Ahli-ahli jawatankuasa eksekutif (exco) dalam kerajaan negeri Selangor tidak dilantik oleh PKR atau DAP," kata Muhammad Khalil pada sidang akhbar sulungnya di Alor Setar, Sabtu.
"Mereka dilantik oleh PAS, jadi tidak ada keperluan bagi mereka untuk meletak jawatan jika kami putuskan hubungan dengan PKR," jelas Khalil.
Mahfuz berkata semua lantikan dalam kerajaan dibuat oleh Menteri Besar dan diperkenan oleh Sultan sekaligus menyanggah kenyataan Khalil yang berkata exco bukan dilantik oleh PKR dan DAP.
Mahfuz ditemui ketika sidang medianya semalam.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment