Write For Us

Apa nasib Muda selepas ini? Ini kata KJ dan Shahril

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
13 Views
Published
Bekas ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata cabaran yang akan dihadapi oleh pemangku Presiden Muda Amira Aisya Abdul Aziz untuk mengemudi parti tersebut sangat besar.

Menurut Khairy, walaupun Amira menunjukkan potensi besar dalam politik namun pengalaman dan penglibatannya dalam politik masih baru.

Amira memangku jawatan presiden selepas Syed Saddiq mengumumkan mengosongkan kerusinya sehingga namanya dibersihkan di mahkamah.

Terdahulu Syed Saddiq dijatuhkan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebatan dan denda RM10 juta atas 4 pertuduhan pecah amanah jenayah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Pemuda Bersatu berjumlah RM1.12 juta.

https://www.youtube.com/watch?v=i-ZhYnktEBc
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment