Write For Us

"Apa peranan Hishammuddin?" soal MP DAP

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
120 Views
Published
Pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Tugas-tugas Khas dipersoal pembangkang apabila mendakwa ia tidak diwartakan di bawah Akta Fungsi-fungsi Menteri 1969.
Ahli Parlimen Tanjong (DAP) Ng Wei Aik berkata selepas Hishammuddin dilantik pada 12 April lalu, tidak ada sebarang penjelasan berkenaan bidang kuasa yang nyata kepada beliau yang juga Menteri Pertahanan.
"Satu masalah yang besar walaupun Hishammuddin dilantik sebagai Menteri Tugas-tugas Khas. Namun apakah tugasannya tidak dimaklumkan kepada orang ramai. Mengapa dilantik dan apakah peranannya?
"Apatah lagi apabila disemak kepada warta kerajaan persekutuan pelantikan Hishammuddin tidak diwartakan. Sedangkan ia perlu di warta mengikut Akta Fungsi-fungsi Menteri 1969," katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.
Pada 12 April, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelantikan Hishammuddin sebagai Menteri Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Hishammuddin turut menjelaskan pelantikannya bagi membantu meringankan beban tugas Najib.
Dalam sidang media itu, Ng turut mempersoalkan apakah bidang tugas Hishammuddin teralalu sulit sehingga ia tidak boleh didedahkan.
“Apakah masalah yang dihadapi Najib sehingga tugas dan tanggungjawab Hishammuddin sebagai menteri dan tugas-tugas khas tidak boleh diterangkan secara terbuka.
“Apakah Hishammuddin kini merupakan agen sulit bagi Najib sehingga peranan Hishammuddin yang sebenarnya perlu dirahsiakan,” soalnya.
Justeru katanya jika pelantikan itu sekadar bertujuan politik peribadi, Najib tidak seharusnya membazirkan wang rakyat.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment